Bersedia Cergas Ceria Fardhu Kreatif Riadhah Sunnah Talaqqi

Selamat Datang!

Pusat Pendidikan Islam An-Nur (PPIAN) dengan mottonya “Membina Generasi Al-Quran” berdaftar dengan JHEINS pada tahun 2011.

PPIAN kini mengorak langkah memperkasakan sistem pendidikan Islam di Bumi Sabah yang mempunyai kurikulum bersepadu (KPM, JHEINS dan TAHFIZ) bagi memenuhi tuntutan fardhu kifayah.


Thursday, 18 July 2013

Dua Program Utama PPIAN esok.


(sila klik gambar untuk melihat lebih jelas)

Dua program utama esok iaitu 20 Julai 2013 (Sabtu). Pilihan di tangan anda.


1) Program Pengajian Kitab Fiqh Asas Mazhab Syafi'e, Safinah An Naja Siri 2 oleh Ustaz Sahrizan Bin Hazime yang merupakan tenaga pengajar Darul Hadis, Kedah, penulis dan penterjemah buku serta mantan Presiden Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM).

2) Program Kesihatan iaitu Wacana Imunisasi: Antara Mitos & Realiti. Di antara ahli panel adalah penasihat Pusat Pendidikan Islam An Nur (PPIAN), Ustaz Dr Norazamuddin Umar dan dua orang doktor pakar dari Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA).

Sebarkan.

Tuesday, 16 July 2013

Wacana Ilmu: Imunisasi Kanak-Kanak


Kesihatan anak-anak menjadi keutamaan dan kerisauan buat ibu bapa apatah lagi para pelajar berhadapan dengan Suntikan Tahun 1 di awal persekolahan. 

Imunisasi kini menjadi satu fenomena isu yang menjadi trauma di kalangan ibu bapa. Maka Pusat Pendidikan Islam An Nur mengajak kepada para pendidik, ibu bapa, dan pencinta ilmu fiqh perubatan untuk hadir ke program kesihatan, Wacana Imunisasi Kanak-Kanak.

Di antara pembentang kertas kerja bagi program ini adalah Ustaz Dr Norazamuddin Bin Umar yang juga merupakan Penasihat kepada Pusat Pendidikan Islam An Nur, Taman Austral.

Ayuh kita hadir untuk menyingkap pemurnian isu ini.


Syeikh Muhammad Mahmoud Siyam Bersama PPIAN

Kini hampir genap setahun peristiwa bersejarah PPIAN iaitu perasmian majlis pecah tanah bangunan PPIAN Tahfiz yang diadakan pada 22 Ramadhan 1433H yang lepas.

Majlis yang disempurnakan oleh seorang ulamak iaitu Syeikh Muhammad Mahmoud Siyam, bekas Imam Masjidil Aqsa Palestin dan juga merupakan Rektor Universiti Islam Gaza.

Tanda tangan Syeikh Mahmoud Siyam masih kelihatan sebagai simbolik kebersamaan beliau bersama PPIAN.






Syukran Syeikh Mahmoud Siyam. 

Majlis Pengajian Kitab Fiqh Safinah An-Naja'


Pusat Pendidikan Islam An Nur (PPIAN) bersama Ikatan Muslim Professional (IMPROF) Sabah akan menganjurkan majlis pengajian kitab bersanad secara bersiri iaitu kitab fiqh Safinah An-Naja'. 

Kitab Safinah An-Naja' akan dibaca dan diulas oleh Ustaz Shahrizan Bin Hazime, tenaga pengajar Maahad Darul Hadis, Kedah. Beliau juga merupakan mantan Presiden Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM).

Butiran program adalah seperti yang tertera dalam poster berikut. Sebarang pertanyaan, sila hubungi Ustaz Azam Bin Zainol (013 468 9557).

Jazakallah.

Infak Ramadhan Pembangunan PPIAN

[Sebaran] 

INFAK RAMADHAN PEMBANGUNAN PUSAT PENDIDIKAN ISLAM AN NUR (PPIAN). 

Sebarang sumbangan boleh disalurkan ke Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) no akaun 100 160 1008 4808 atas nama Pusat Pendidikan Islam An Nur. Sebanyak RM 300 ribu diperlukan bertujuan untuk membina bangunan sekolah tahfiz bagi fasa yang kedua.

Maklumat lanjut, sila hubungi;

Pejabat PPIAN (Tel/Fax) : 088 230 584
Ustaz Zulzaim Hilmee (Mudir) :019 821 5393
Encik Hambali Bin Saad (Pengerusi PPIAN) : 017 818 2728
Ustaz Jumat Abd Razak (Pengerusi Tahfiz PPIAN): 019 536 7902

Syukran. Salam Ramadhan Kareem!

Wednesday, 29 August 2012

Kenali Pusat Pendidikan Islam An Nur (Tahfiz)

Pusat Pendidikan Islam An Nur (Tahfiz) ataupun dengan akronimnya PPIAN (Tahfiz) merupakan sebuah Sekolah Rendah Islam (SRI) antara yang terawal ditubuhkan di Sabah. Di antara Sekolah Rendah Islam (SRI) lain di Sabah yang mempunyai sistem pendidikan Islam ialah SRI Al Hafidz Bandar Sierra dan SRI Al Hafidz Tuaran. 


 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Free Samples By Mail