Pusat Pendidikan Islam An Nur (PPIAN) bersama Ikatan Muslim Professional (IMPROF) Sabah akan menganjurkan majlis pengajian kitab bersanad secara bersiri iaitu kitab fiqh Safinah An-Naja'.
Kitab Safinah An-Naja' akan dibaca dan diulas oleh Ustaz Shahrizan Bin Hazime, tenaga pengajar Maahad Darul Hadis, Kedah. Beliau juga merupakan mantan Presiden Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM).
Butiran program adalah seperti yang tertera dalam poster berikut. Sebarang pertanyaan, sila hubungi Ustaz Azam Bin Zainol (013 468 9557).
Jazakallah.
0 comments:
Post a Comment