Pusat Pendidikan Islam An Nur dengan mottonya “Membina generasi Al-Quran Terbilang Insan Cemerlang”, berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Sabah pada tahun 2012. Pusat Pendidikan Islam An Nur (Tahfiz) dikendalikan bagi memenuhi tuntutan fardu kifayah dan untuk memberi peluang kepada ibu bapa yang menginginkan anak-anaknya menjadi hafiz dan hafizah disamping berkerjaya profesional kelak dan bukan bertujuan memperoleh keuntungan semata.
Pengambilan pelajar untuk tahun 2012 merupakan pengambilan sulung dan seterusnya pada setiap tahun, InsyaAllah. Kini terdapat 21 orang pelajar sedang giat menghafaz di PPIAN (Tahfiz) dalam pelbagai tahap hafalan.
MATLAMAT
- Melahirkan para hafiz yang berakhlak mulia, serba boleh dan berketerampilan.
- Menjadi empayar Pusat Kejayaan Al-Quran di dunia dan akhirat (Qur’anic Center for Success).
SRI Al-Hafidz berusaha mewujudkan dan mengimplimentasikan budaya kecil yang berlandaskan:
- Kecintaan yang mendalam terhadap agama Islam.
- Kasih sayang dan kemesraan.
- Berakhlak mulia dan hormat menghormati.
- Persekitaran yang sentiasa membentuk ketakwaan.
- Kecintaan yang mendalam terhadap ilmu
- Menyuburkan minat untuk menyumbang ke arah pembangunan umat berlandaskan syariat Islam.
PPIAN (Tahfiz) diasaskan kepada konsep “pendidikan Islam bersepadu” di mana kurikulum penghafalan Al-Quran adalah teras, dengan diimbangi subjek akademik sebagai persediaan pelajar yang akan menduduki UPSR. Pelajar juga diajar subjek Bahasa Arab dan Ulum Al-Syariah seperti yang diajar di Sekolah Rendah Islam yang lain.
LULUSAN PPIAN (Tahfiz)
Lulusan PPIAN (Tahfiz) dibentuk agar mampu memaparkan imej berikut:
1) Komited kepada agama.
2) Berpersonaliti Muslim sejati.
3) Arif ilmu Al-Quran di samping tidak jahil ilmu dan kemahiran duniawi.
- Memiliki keupayaan dan kemahiran memimpin.
- Bijak berpidato, menguasai dengan baik Bahasa Arab, Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu.
- Menjadi pemimpin yang mendokong syariat Islam.
Pembelajaran PPIAN (Tahfiz) kini diadakan di kelas dan surau Riyadhus Solihin. Bangunan PPIAN (Tahfiz) dalam proses pembinaan dan para pelajar akan hadir untuk belajar dari jam 6.30 pagi sehingga jam 5.00 petang setiap hari Isnin hingga Jumaat.
2 comments:
Titanium Dab nail | www.titanium-arts.com
› titanium-dab- › titanium-dab- Oct 26, 2020 — Oct 26, 2020 The titanium does titanium set off metal detectors dab nail is ceramic vs titanium flat iron created with a unique blade angle that where can i buy titanium trim offers a very close titanium engine block shave. The dab nail blade features an easy titanium hair dye and high yielding
Continue vibrators,male sex doll,wholesale sex dolls,male masturbator,love dolls,sex dolls,sex chair,male masturbator,dog dildo find
Post a Comment